Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABot terbaik selepas tersangkut pada rantai sauh

Bot terbaik selepas tersangkut pada rantai sauh

Seorang nelayan berdepan detik cemas apabila bot dinaikinya terbalik selepas tersangkut pada rantai sauh sebuah kapal dagang.

Kejadian berlaku di lokasi 2.2 batu nautika barat Pulau Tukun, Lumut semalam.

Dalam kejadian pada 10.20 pagi itu, mangsa berusia 66 tahun berkenaan diselamatkan kru kapal dagang terbabit sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa adalah nelayan dan ketika kejadian sedang melakukan aktiviti perikanan di pulau berhampiran.

Pengarah APMM Perak Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kejadian itu disedari kru kapal dagang berkenaan yang kemudiannya menekan butang kecemasan.

Ia kemudian disambut oleh pesawat udara APMM yang melaksanakan rondaan Op Benteng di sekitar kawasan berkenaan.

Susulan itu, Pusat Operasi Maritim Negeri Perak mengatur gerak bot Kilat 11 ke lokasi sebagai aset bantuan.

“Kru kapal dagang itu menurunkan ‘Life Boat’ bagi membantu mangsa sementara menunggu bantuan dari bot ronda APMM.

“Bot Kilat 11 mengambil masa setengah jam untuk tiba di lokasi dan mendapati mangsa sudah diselamatkan sebelum berusaha mengapungkan kembali bot mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa memakai jaket keselamatan dan dia selamat tiba di Jeti Pulau Pangkor pada 2.45 petang, hari sama.

“APMM amat menitik berat pemakaian jaket keselamatan kepada komuniti maritim agar dapat menghindari daripada sebarang risiko bencana di laut,” katanya.

APMM meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments