Buat pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga, kerajaan membenarkan majlis akad nikah diadakan di masjid di negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain di pejabat agama seperti yang dibenarkan sebelum ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 20 tetamu tidak termasuk jurunikah dan saksi dibenarkan berada di majlis pernikahan di masjid.
“Bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB) pula, had maksimum jumlah kehadiran upacara akad nikah dibenarkan sebanyak 50 peratus mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal satu meter.
“Bagi kawasan PKPP pula, upacara pernikahan dibenarkan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal sejauh satu meter,” ujar beliau.
Tambahnya, bagi upacara pernikahan dan majlis resepsi bukan Islam pula, ia akan diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply