Tuesday, July 23, 2024
HomeBERITABintang K-Pop, Kang Daniel berehat dari aktiviti seni kerana kemurungan teruk

Bintang K-Pop, Kang Daniel berehat dari aktiviti seni kerana kemurungan teruk

Bekas ahli kumpulan Wanna One, Kang Daniel direhatkan sementara dari dunia seni oleh kerana faktor kesihatan.

Dilaporkan bintang K-Pop berkenaan mengalami masalah kemurungan yang teruk sehingga dimasukkan ke hospital.

Masalah konflik mengenai kontrak bersama bekas agensi LM Entertainment dan kencaman yang diterima daripada netizen membuatkan penyanyi berusia 22 tahun ini merasa tertekan.

Malah ahli keluarga penyanyi popular dengan lagu “What Are You Up To” turut menjadi mangsa kecaman dan cacian di media sosial.

Menurut agensi yang mewakili Kang Daniel, KCONNECT Entertainment terpaksa membatalkan segala aktiviti kerjaya seninya sehingga kesihatan penyanyi berkenaan kembali pulih.

Untuk info, penyanyi dan juga penulis lirik Korea Selatan ini mula dikenali menerusi sebuah kumpulan lelaki Wanna One pada 2017.

Namun bintang Korea ini mengundurkan diri dari kumpulan berkenaan dan memilih untuk bergerak solo pada Januari 2019.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments