Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABintang Girls Aloud, Sarah Harding meninggal dunia akibat barah payudara

Bintang Girls Aloud, Sarah Harding meninggal dunia akibat barah payudara

Penyanyi berkumpulan popular, Sarah Harding disahkan meninggal dunia pada usia 39 tahun akibat barah payudara.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu kepada penyanyi kumpulan Girls Aloud, Marie di akaun Instagram pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Instagram, ibunya Marie menyifatkan anak perempuannya itu sebagai kilauan bintang yang bersinar.

“Ramai di antara anda semua sedia maklum bahawa Sarah berjuang dengan penyakit barah sehingga ke hari terakhirnya.

“Beliau menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan tenang pagi tadi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan baik sebelum ini.

“Ini sangat bermakna buat Sarah dan ia menjadi satu kekuatan untuk beliau ketahui bahawa beliau disayangi ramai.

“Saya tahu beliau tidak mahu dikenang kerana melawan penyakit yang dahsyat ini – beliau adalah bintang yang bersinar terang dan saya harap beliau dapat dikenang sebegitu,” jelas Marie.

Turut terkesan dengan berita ini, anggota Girls Aloud Nicola Roberts dan Nadine Coyle.

Pada Ogos 2020 lalu, Harding mengumumkan bahawa beliau sah menghidap barah yang telah merebak ke bahagian lain tubuhnya.

Harding mula terkenal pada 2002 sebagai peserta di Popstars: The Rivals – adu bakat yang bertujuan mencari ‘girlband’ dan ‘boyband’ baru.

Beliau berjaya ke peringkat akhir dan terpilih menganggotai kumpulan yang dinamakan sebagai Girls Aloud, bersama Nicola Roberts, Nadine Coyle, Kimberley Walsh dan Cheryl Cole.

Antara lagu Girls Aloud yang terkenal adalah I’ll Stand By You (yang didendangkan semula sebagai saduran lagu The Pretenders), Call The Shots dan Love Machine. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments