Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABintang bola keranjang, Kobe Bryant dan anak perempuan meninggal dunia dalam nahas...

Bintang bola keranjang, Kobe Bryant dan anak perempuan meninggal dunia dalam nahas helikopter

Awal pagi ini seluruh dunia digemparkan dengan pemergian bintang sukan bola keranjang, Kobe Bryant.

Legenda NBA itu dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan helikopter yang berlaku di Calabasas, California.

Sembilan orang penumpang termasuk anak perempuannya, Gianna, 13 dipercayai berada di dalam helikopter milik peribadi Kobe Bryant, 41.

Kobe Bryant merupakan bintang NBA yang menghabiskan 20 musim kariernya dengan bermain untuk Los Angeles Lakers.

Untuk rekod, Bryant telah berkahwin dengan Vanessa Bryant dan dikurniakan empat orang anak iaitu Bianka, Gianna, Natalia, dan Capri. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments