Suasana di sebuah bank di Sungai Buloh, Jeram, gempar dengan kehadiran seekor biawak seberat 20 kilogram (kg) tersesat dan mahu memasuki premis itu, petang semalam.
Kejadian jam 4.50 petang itu disedari beberapa orang awam yang terkejut melihat reptilia sepanjang tiga meter di pintu premis berkenaan.
Lapor media, Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, sepasukan lima anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Katanya, reptilia berkenaan dilihat mahu memasuki premis berkenaan dengan cuba menolak pintu cermin.
“Kemungkinan dipercayai biawak itu tersesat dan mahu memasuki bank berkenaan kerana faktor sejuk atau kelaparan.
“Reptlian itu berjaya ditangkap dalan tempoh lima minit menggunakan alat penjerut,” katanya.
Jelas Suzaini, tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan termasuk melibatkan orang awam yang berurusan di bank berkenaan.
“Biawak itu selamat dilepaskan ke sebuah kawasan parit berdekatan,” ujarnya.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply