Monday, July 15, 2024
HomeBERITABiar rakyat tentukan perjalanan seterusnya - Annuar Musa

Biar rakyat tentukan perjalanan seterusnya – Annuar Musa

Biar rakyat yang menentukan perjalanan seterusnya selain meninjau jentera akar umbi serta sentimen rakyat yang mengangkatnya.

Demikian reaksi Penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook sebaik namanya digugurkan sebagai calon PRU15.

Ini kerana katanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), lebih 25,000 orang mengundinya sedangkan ahli UMNO Ketereh hanya 14,000.

Jelasnya ini bererti lebih 11,000 undi datangnya dari kalangan bukan UMNO dan kesemuanya beliau amat hargai.

“Ia memenuhi aspirasi saya yang mahu melihat ahli UMNO dan bukan ahli UMNO terutama kalangan ahli PAS supaya kekal bersatu padu dan menjunjung semangat Muafakat Nasional (MN) yang kita bersama perjuangkan.

“Untuk perjalanan seterusnya elok saya tinjau pendirian jentera akar umbi saya, serta sentimen rakyat yang mengangkat saya. Elok saya serahkan diri saya kepada rakyat dan biar rakyat tentukan perjalanan seterusnya.

“Pastinya jangan dibiarkan cabaran tidak bersahut, tikaman tidak bertepis, fitnah tidak berjawab dan hutang tidak berbayar,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook.

Annuar berkata, beliau akan berfikir dengan akal panjang sebelum bertindak dengan jiwa tenang dan dada yang lapang.

“Kepada kawan-kawan yang bertubi tubi dan ramai sekali memberi kata semangat dalam perjuangan, saya ucapkan ribuan terima kasih dan mohon bertenang,” katanya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments