Susulan pendedahan The Malaya Post berkenaan Akhbar berbahasa Cina papar gambar Presiden PAS-UMNO kahwin sejenis.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan ia satu tindakan biadap.
Ini kerana kata Ketua Penerangan Umno Malaysia ketika dihubungi The Malaya Post, kebebasan bersuara, menulis atau menyuarakan pandangan bukan bermakna boleh berkata atau melakukan apa saja hingga melampaui batas.
Apalagi melanggar batas etika kewartawanan.
“Biadap, kebebasan bersuara, menulis atau menyuarakan pandangan bukan bermakna kita boleh berkata atau melakukan apa saja hingga melampaui batas. Apalagi melanggar batas etika kewartawanan”, katanya
Justeru itu, ujarnya tindakan akhbar berbahasa Cina dipercayai dari Sabah iaitu keluaran 19hb September sangat biadap apabila memaparkan gambar Presiden UMNO dan Presiden PAS dalam keadaan yang tidak sepatutnya dilakukan apabila menerbitkan sebuah artikel berkaitan Muafakat Nasional UMNO-PAS.
“Kita minta akhbar ini memohon maaf.
Kenapa merasa bimbang atau terancam dengan kerjasama UMNO PAS. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Oleh itu tiada kesalahan apa yang UMNO PAS lakukan. Malahan Muafakat Nasional adalah baik untuk pelbagai kaum dalam negara ini”, katanya.
Tambahnya, jika akhbar ini tidak bersetuju dengan Muafakat Nasional, itu pendirian masing masing.
“Namun menerbitkan gambar seolah olah Presiden UMNO dan Presiden PAS melakukan “perkahwinan sejenis ” adalah sangat biadap. Kita minta akhbar ini memohon maaf diatas tindakannya yang melampau batas
Ini penghinaan kepada UMNO dan PAS”, katanya kepada The Malaya Post.
Terdahulu The Malaya Post mendedahkan tindakan sebuah akhbar berbahasa Cina dipercayai dari Sabah iaitu Overseas Chinese Daily News, keluaran 19hb September, telah menerbitkan sebuah artikel berkaitan Muafakat Nasional UMNO-PAS.
Apa yang menjadi kemarahan umum adalah indakan kebiadapan melampau akhbar berkenaan meletakkan sekeping gambar iaitu Presiden Umno Malaysia Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenakan suit perkahwinan lelaki dan Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenakan gaun perkahwinan wanita.
Dalam gambar berkenaan tersirat sindiran yang bermaksud Presiden UMNO dan Presiden PAS sedang melangsungkan perkahwinan sejenis.
Leave a Reply