Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITAKESIHATANBetul ke 95 peratus penggunaan vape selamat?

Betul ke 95 peratus penggunaan vape selamat?

Oleh Mohd Fairuz Yusof

KUALA LUMPUR 2 Nov : Isu rokok elektronik atau vape yang hangat diperkatakan pelbagai pihak dengan menyatakan adalah selamat mengundang persoalan oleh beberapa persatuan perubatan di luar negara.

Perkara itu ditimbulkan oleh seorang ahli farmasi, Fahmi Hassan yang memuat naik status menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

 

Berikut merupakan kenyataan dipetik menerusi laman sesawang Fahmi menerusi ciapan akaun Twitter miliknya.

Majoriti yang menyokong penggunaan vape memetik kajian dari Public Health England yang mengatakan vape adalah 95 peratus lebih selamat berbanding rokok. Saya tidak menafikan pernyataan ini.

Namun begitu, kajian tersebut tidak lepas daripada kritikan.

Memandangkan penyokong vape tidak mengiktiraf pandangan ahli profesional kesihatan Malaysia, saya akan petik beberapa kritikan pakar dari luar negara ke atas kajian tersebut.

Kenyataan vape adalah 95 peratus lebih selamat berbanding rokok datang dari rumusan perbincangan sekumpulan ‘pakar’ pada tahun 2013.

Dr. Padmanabhan Badrinath, seorang pensyarah kesihatan awam di UK mengkritik rumusan tersebut di atas beberapa faktor:-

1. Terdapat limitasi dalam bentuk bukti yang kukuh terhadap risiko dan keselamatan semua bahan dinilai.

2. Tiada kriteria ditetapkan dalam pemilihan pakar dalam perbincangan tersebut.

3. Terdapat beberapa pakar yang mempunyai konflik kepentingan kerana menerima dana dari syarikat pengedar rokok eletronik, LIAF (persatuan yang menyokong rokok eletronik sebagai pengganti rokok) dan menjadi konsultan kepada syarikat yang mengilang peranti berhenti merokok.

Di atas sebab-sebab tersebut, pengarang jurnal di mana kajian Public Health England (PHE) itu diterbitkan turut meletakkan nota yang menyatakan terdapat kemungkinan kajian ini dipengaruhi oleh konflik kepentingan pakar-pakar yang terlibat.

Kajian tersebut juga turut dikritik melalui ruangan editorial The Lancet, sebuah jurnal perubatan berkualiti dalam bidang perubatan.

Ia merumuskan yang PHE gagal membuktikan misinya untuk melindungi dan memajukan kesihatan awam melalui penerbitan sebuah kajian yang lemah dan dipengaruhi oleh konflik kepentingan penulisnya.

Selain itu, Professor Martin McKee dari School of Hygiene and Tropical Medicine London turut menyuarakan kejanggalan dalam rumusan kajian PHE tersebut.

Beliau menempelak PHE sebagai mencuba seboleh mungkin untuk mempromosi rokok eletronik walaupun pakar-pakar lain dari seluruh dunia telah memberi amaran tentang risiko rokok eletronik.

Badan perubatan besar dunia, European Respiratory Society (ERS) dan ketua program kesihatan awam Amerika Syarikat, US Surgeon General turut mengkritik cadangan penggunaan rokok eletronik sebagai alat bantuan berhenti merokok akibat dari kekurangan bukti keberkesanan den keselamatannya.

Sebagai kesimpulan, setakat ini hanya PHE yang menyatakan rokok eletronik 95 peratus lebih selamat. Ia adalah kajian yang dikritik oleh pakar-pakar di seluruh dunia, termasuk di England sendiri.

Laporan oleh Mohd Fairuz Yusof untuk The Malaya Post.

Mohd Fairuz Yusof adalah bekas Wartawan Senior Utusan Melayu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments