Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITABerpantang maut sebelum ajal, viral perkongsian video kipas terjatuh berhampiran seorang pemuda

Berpantang maut sebelum ajal, viral perkongsian video kipas terjatuh berhampiran seorang pemuda

Berpantang maut sebelum ajal, itulah perumpamaan yang sesuai untuk kejadian yang berlaku ke atas seorang pemuda melalui perkongsian video yang mula tular di laman media sosial.

Pemilik akaun Twitter @tniax memuatnaik video berdurasi 0.44 saat memaparkan seorang pemuda hanya menundukkan beberapa saat kepalanya sebelum kelihatan kipas siling terjatuh di atas meja di hadapannya.

“Kun fayakun, Allahuakbar! nasib baik kawan abang aku tunduk nak ambil sticker. ya Allah” tulisnya.

Selepas beberapa saat kipas siling itu jatuh, pemuda berkenaan kelihatan terpinga-pinga dan termenung memandang kipas yang hampir meragut nyawanya.

Tidak lama kemudian pemuda berkenaan menghantar ‘voice message’ kepada seseorang dan memberitahu nasib menyebelahinya kerana keadaan kepalanya yang sedikit tertunduk menyebabkan dia terselamat dari kejadian itu.

Rata-rata warga Twitter meninggalkan komen dan berkongsi, “dari kecil selalu terbayang-bayang dan dihantui bagaimana jika kipas terbabit jatuh dan menghempap sesiapa yang berada berdekatan dengannya.”

-THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments