Friday, July 19, 2024
HomeBERITABerpakaian seolah menghina Agama Islam, pemakaian Haneesya Hanee dikecam netizen

Berpakaian seolah menghina Agama Islam, pemakaian Haneesya Hanee dikecam netizen

Haneesya Hanee antara pelakon baru dan model yang sering kali dikaitkan dengan kontroversi.

Terbaru timbul kontroversi apabila Haneesya tampil bertudung namun kelihatan seperti tidak berpakaian.

Menerusi Instagram pemilik keluaran jenama kasut dan beg @surisstyle telah berkongsi sekeping foto yang menampilkan Haneesya Hanee sebagai model untuk mempromosikan produk mereka.

https://www.instagram.com/p/B3YXaMTl_g-/?igshid=46t6ic7mtv4c

Foto berkenaan dikecam hebat oleh netizen kerana cara pemakaian yang dibawa oleh Haneesya dianggap keterlaluan bagi seorang muslim.

Dalam poster berkenaan, model tinggi lampai itu dilihat menggayakan tudung tetapi bahagian pehanya terdedah.

Warganet begitu kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 dan pemenang Anugerah Artis Baru Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32.

Namun, ada juga segelintir netizen memberi nasihat supaya berhati-hati dalam memilih tawaran kerja supaya tidak menimbulkan fitnah dan kecaman ramai.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments