Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABerniaga makanan secara online, Noki K-Clique ajak peminat rasa ‘Nasi Butter Ayam...

Berniaga makanan secara online, Noki K-Clique ajak peminat rasa ‘Nasi Butter Ayam Black Pepper’

Pada musim pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 nampaknya aktiviti memasak tetap menjadi pilihan ramai.

Bukan sekadar suka-suka, ada yang serius menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Bukan hanya di kalangan orang awam, para selebriti turut mencuba nasib berniaga.

Terbaharu, salah seorang ahli kumpulan rapper terkenal negara, K-Clique iaitu Noki atau nama sebenarnya Ikhwan Lee sudah mula berniaga secara online dengan menjual ‘nasi butter ayam black pepper’.

Noki yang berniaga melalui akaun instagram @dapur_noki berharap para pengikutnya mendoakan agar segala urusan perniagaannya ini dipermudahkan.

“InsyaAllah saya akan update makanan yang akan saya niagakan. Jangan lupa follow saya ya ????,” pesannya kepada pengikut.

Bagi peminat Noki K-Clique yang ingin merasa air tangannya, boleh la cuba order ya!

Selamat maju jaya Noki! ????????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments