Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITABerkongsi foto raya bersama, peminat dan rakan artis doa Sharnaaz Ahmad, Nabila...

Berkongsi foto raya bersama, peminat dan rakan artis doa Sharnaaz Ahmad, Nabila kembali bersama

Meskipun berdepan dengan masalah rumah tangga, namun pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila memilih bersikap profesional terhadap anak mereka, Jebat Jayden.

Sharnaaz dan Nabilla yang tampil berbusana sedondon berwarna biru menyambut 1 Syawal dan kelihatan tersenyum manis bersama anak tunggal lelaki mereka.

“Cukup sempurna dah bagi aku.. ba loves you boy, mummy and baba issue put aside, we both love u so much.. @jebatjayden selamat hari raya sayang baaa.. and to nabila too, super mother to my boy,” tulis Sharnaaz bersama beberapa gambar di laman Instagramnya.

Nabila juga turut sama memuatnaik gambar-gambar yang sama bersama gambar menyambut perayaan bersama ahli keluarga yang lain.

Semoga Syawal tahun ini membuka ruang untuk pasangan ini agar kembali bersatu dalam satu keluarga yang bahagia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments