Monday, June 17, 2024
HomeBERITABerita palsu COVID-19, PDRM buka 266 kertas siasatan

Berita palsu COVID-19, PDRM buka 266 kertas siasatan

Sehingga hari ini (6 Jun), 266 kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) & Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan COVID-19.

Memetik kenyataan Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berkata 179 kes masih dalam siasatan, 30 kes telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran dan 18 lagi telah mengaku bersalah.

Menurutnya lagi, sebanyak 322 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments