Thursday, May 23, 2024
HomeBERITABeradab, sopan berhadapan YDP Agong. Teguran Dato' Mokhzani RTM.

Beradab, sopan berhadapan YDP Agong. Teguran Dato’ Mokhzani RTM.

Pengarah Muzik RTM, Dato’ Mokhzani Ismail menasihat rakyat terutama orang Melayu agar kemesraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bergaul dengan rakyat bukan tiket untuk melanggar adab sopan dan protokol apabila bersama Baginda.

foto: Facebook Dato’ Mokhzani

“Walau kemesraan ditunjukkan oleh SPB Tuanku sebagai rakyat kita mesti letak garis pemisah. Kemesraan itu bukannya tiket untuk kita main redah ja.. nak selfie.. nak bersembang.. dok cekak pinggang.. di mana saja jumpa mesti mengangkat sembah.. berdiri tanda hormat and tunduk tak kiralah kedai mamak” ujar beliau di Facebook.

foto: Portal Pahang Di Raja

“Bila jumpa SPB YDP Agong tak kira di mana walau dia tepuk belakang kita, janganlah kita tepuk belakang dia balik. Maksud saya adab dan sopan dari kita terutama orang Melayu dengan Tuanku perlu ada” katanya.

Nasihat beliau lagi, “kalau tak biasa sembah, tunduk tanda hormat. Bahasa diri kita patek. Kalau apa yang ditanya jawab Ku..Nak ajak makan, jemput santap Tuanku. Nak cakap terima kasih, junjung kasih Tuanku. Nak balik cakap Patik mohon dulu” tulis beliau di facebook.

Al-Sultan Abdullah memang terkenal dengan sikap peramah, bersahaja apabila menyantuni rakyat jelata.

Baru-baru ini, baginda secara mengejut telah mencemar duli bersantap di restoran Mamak.

Sebelum ini, Baginda juga pernah bersantap di KFC selepas mencemar duli, melawat mangsa ribut di Termerloh. Baginda juga sangat prihatin, sering berhenti membantu mangsa kemalangan.

Nota: Untuk mengetahui lebih lanjut adab dan protokol bersama Raja, boleh layari laman web Istana Negara di http://www.istananegara.gov.my/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=85&Itemid=612

Sumber : Facebook Dato’ Mokhzani

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments