Saturday, June 22, 2024
HomePOLITIKBendung Covid-19 : Langkah MITI untuk rakyat

Bendung Covid-19 : Langkah MITI untuk rakyat

Kerajaan telah meluluskan sektor pembuatan kritikal beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa.

Ini khususnya dalam memastikan perkhidmatan bekalan penting tidak terputus.

Namun demikian menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, terdapat garis panduan kesihatan yang ketat kepada pihak industri pembuatan yang berkenaan dalam memastikan kualiti produk terjamin demi keselamatan rakyat.

Garis panduan ini termasuk social distancing dan proses sanitasi perlu diamalkan bagi pekerja dalam sektor-sektor pembuatan.

BENDUNG COVID-19: LANGKAH MITI UNTUK RAKYATMemastikan keperluan dan perkhidmatan asas RAKYAT tidak terjejas dan tidak…

Dikirim oleh Azmin Ali pada Rabu, 18 Maret 2020

Berikut senarai produk-produk yang ditakrifkan sebagai kritikal :

Senarai produk penting :
Makanan dan minuman termasuk barang-barang yang diimport • Beras • Gula • Minyak sayuran dan lemak haiwan • Tepung dan bijirin • Roti • Air • Produk tenusu – susu dan formula bayi • Rempah ratus • Makanan kering • Kopi dan teh • Makanan dalam tin • Daging • Ayam • Makanan haiwan / ternakan • Proses buah dan sayuran
Pertanian dan perikanan, termasuk import • Ikan dan makanan laut • Buah-buahan • Sayur-sayuran
Produk barangan rumah • Bahan pencuci • Bahan pembasmi kuman • Sanitisers • Barang penjagaan diri • Tisu tandas dan kertas tisu
Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment – PPE) termasuk Peralatan Keselamatan Kebakaran dan Pakaian Perubatan termasuk topeng muka, sarung tangan getah.
Farmaseutikal – semua bahan kimia dan ubat-ubatan.

Bahan pembungkusan dan percetakan, termasuk dakwat.

Peranti perubatan dan pembedahan
Bahagian untuk alat perubatan misalnya bahagian untuk ventilator.

Senarai sebahagian daripada yang penting : Minyak dan Gas

Petrokimia • Resin PTA & PET • Serat poliester & filament • Polypropylene & polyethylene • Resin ABS & MABS • Maleic Anhydride • Resin Pes PVC (PVC Paste Resins) • Expanded EPE • Impact modifiers & processing aids • Styrene Monomer • Styrene Butadiene Latex • Polystyrene
Bahan dan produk kimia – Baja dan Racun
Elektrikal & Elektronik (E&E) termasuk semikonduktor

Justeru itu rakyat jangan panik dan teruskan STAY AT HOME..!!

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments