Hero filem Badman, Ben Affleck, 49 terbang ke New York City untuk bertemu dengan kekasihnya dan menyaksikan secara live konsert ‘Global Citizen’ pada Sabtu (25 Sept).
Lapor majalah People “Jennifer dan Ben berpisah selama beberapa hari awal minggu ini. Mereka bertemu di NYC semalam. Ben ingin berada di sisinya dan menghadiri acara itu.” Ben berada di Austin, Texas, untuk menghasilkan filem terbarunya, dan namun sanggup meluangkan masa untuk bertemu dengan Jennifer di Big Apple”, katanya sumber.
Sumber itu memberitahu People: “Mereka selalu menyokong kerjaya masing-masing. Ben harus berada di Texas untuk menjalani penggambaran minggu ini. Awal bulan ini, sumber mendedahkan bahawa Jennifer dan Ben merancang menghabiskan cuti bersama”. Pasangan ini menghidupkan kembali percintaan mereka pada awal 2021 dan mereka merancang untuk menghabiskan waktu bersama sepanjang Krismas”, katanya.

Lapor People sumber itu berkata: “Mereka berdua akan berehat seketika. Bagi Jennifer, Krismas adalah soal anak-anak. Dia menjadikannya sangat istimewa bagi mereka. Dia suka Krismas.”

Jennifer, 52 mempunyai sepasang anak kembar berusia 13 tahun Maximilian dan Emme dengan bekas suami Marc Anthony.

Manakala, Ben tiga anak bersama Jennifer Garner iaitu Violet, 15, Seraphina, 12, dan Samuel, 9.
Lapor People, “Tahun ini, mereka merancang percutian bersama mereka dengan anak-anak, walaupun mereka belum membuat keputusan percutian khusus dan masih berusaha menyelesaikannya”, kata sumber itu lagi.
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply