Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITABella Hadid berkilauan mengenakan perhiasan barang kemas terkenal UAE

Bella Hadid berkilauan mengenakan perhiasan barang kemas terkenal UAE

DUBAI: Berikutan cuti musim panas di St.Barth, model terkenal Bella Hadid yang merupakan ‘half Palestin’ kembali bekerja dalam gaya ‘style megawat’.

Bella Hadid yang berusia 23 tahun dilihat di Art of Elysium Heaven is Rock and Roll Gala, Hollywood Palladium minggu ini, dan untuk majlis itu Bella menggegarkan majlis dengan mengenakan busana kulit berwarna hitam.

Dengan bantuan dari penata rias nya yang lama, Mimi Cutrell, Hadid memastikan untuk memalingkan kepala dengan memakai sepasang celana yang dipadankan dengan jaket bentuk badan yang sesuai dan blazer gaya ‘Matrix’ dari kolaborasi Tommy Hilfiger bersama Zendaya.

Kecantikan model yang dibesarkan di California ini berpenampilan menonjol dengan sepasang kasut platform bersegi dari jenama Les Petits Joueurs.

Paling menarik perhatian ramai ialah sepasang anting-anting berlian dari UAE Jeweler Amwaj.

Adik perempuan kepada model Gigi Hadid, membuktikan bahawa cara paling berkesan untuk dilihat ‘hot’ berpakaian monokromatik adalah dengan mengenakan perhiasan yang berkilau.

Perhiasan mewah dari jenama Emirati, yang mempunyai rangkaian kedai di Abu Dhabi dan Dubai, juga pernah digayakan oleh Olivia Wilde, Camila Cabello dan Jennifer Lopez dalam beberapa minggu sebelum ini.

Pelakon Kate Beckinsale memakai cincin berlian berlapis dari label perhiasan yang bermutu untuk majlis Warner Bros x InStyle Golden Globes di Beverly Hills.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments