Monday, July 15, 2024
HomeBERITABekas kekasih mahu Naim Daniel bersikap jujur

Bekas kekasih mahu Naim Daniel bersikap jujur

Nampaknya isu berkenaan hak cipta lagu dan lirik Sumpah masih belum berakhir apabila Dayana Amerda bersama peguam membuat satu sidang media.

Pada sidang media terbabit, peguam yang mewakili Dayana, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, anak guamnya tidak mahukan wang di atas kemenangan lagu tersebut di pentas AJL baru baru ini, namun yang dia mahukan hanyalah kejujuran.

Dayana mahu Naim Daniel berlaku jujur dengan mengakui lagu tersebut merupakan ciptaan bersama pada tahun 2015 lalu, bukanlah ciptaan Naim Daniel seorang.

Ketika diajukan soalan oleh media mengenai jika Naim mengakui lagu tersebut adalah ciptaan mereka bersama, adakah isu tersebut akan selesai begitu sahaja atau Dayana mahukan wang royalti untuk bahagiannya atau tidak, peguamnya menjawab duit merupakan hal nombor dua, yang paling penting daftar dahulu lagu tersebut sebagai pemilikan bersama.

Tambah peguam itu lagi, perkara ini bukanlah persoalan mengenai kemenangan namun ianya adalah persoalan mengenai kejujuran dan keadilan untuk anak guamnya.

Yang dimahukan oleh mereka hanyalah pengakuan dan kejujuran dari Naim Daniel dengan mengakui lagu tersebut merupakan cipta mereka bersama.

Perkara ini turut mendapat perhatian dari komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun, menurut Hafiz untuk memudahkan perkara berkenaan, tunjuk sahaja bukti kerana dengan adanya bukti, barulah perkara tersebut akan mendapat kesefahaman bersama.

Tapi bukankah Dayana memberitahu bahawa dia sudah move on dan tidak mahu berada dalam industri seni?

Beberapa hari lalu, Naim Daniel telah memuatnaik entri yang berterima kasih kepada semua yang menyokong, memberi inspirasi dan berkarya bersamanya selama ini.

Naim turut mengalu alukan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi hak ciptaan dalam sebarang lagu yang dia terbitkan agar mengemukakan bukti, transcript, score dan sebagainya pada email yang diberikan.

Semoga perselisihan Naim dan Dayana dapat diselesaikan dengan hati yang lapang. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments