Friday, October 18, 2024
HomeBERITATERKINIBegitulah Rutin Tuanku Raja Permaisuri Agong

Begitulah Rutin Tuanku Raja Permaisuri Agong

Oleh Cikgu Teo Wei Sing

Begitulah rutin Tuanku
Baginda seorang Raja Permaisuri Agong
jikalau berlaku bencana
rakyat jelata didahulukannya
baginda terkurung di dalam dapur istana
sehingga santapan sendiri jua terlupa
memasakkan lauk-pauk bahagia
buat wira dan wirawati negara.

Begitulah rutin Tuanku
baginda Suri kepada negara Malaysia
jikalau berlaku malapetaka
kebajikan rakyat jelata meresahkan hatinya
baginda seharian di dalam dapur istana
makan dan minum sendiri tak terjaga
memikirkan resipi dan ramuan khasiat yang paling mulia
memasak air tangan yang enak
buat wira dan wirawati negara.

Ampun Tuanku
sembah patik mohon diampun
patik pacal sekalian terhutang budi jua
Tuanku Berdua makan dan minum janganlah lupa
jagalah kesihatan
demi negara Malaysia.

Patik pacal sekalian memanjatkan doa
moga Tuanku Berdua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Ampun Tuanku
Sembah patik mohon diampun.

(7.13pm, 22/3/2020)

Video Editing by The Malaya Post

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments