Monday, July 15, 2024
HomeBERITA‘Be Honest’ kolaborasi Fazura bersama Jesse Ruben dapat sentuhan Kyle Patrick

‘Be Honest’ kolaborasi Fazura bersama Jesse Ruben dapat sentuhan Kyle Patrick

Selain sibuk dengan kerjaya seni lakonan, Nur Fazura juga sibuk mengatur kerjaya nyanyian secara serius sejak tahun 2014.

Pada awal tahun, Fazura melancarkan single berjudul ‘Can’t Forget Me’ yang berjaya menduduki carta iTunes dalam masa 7 jam selepas pelancaran.

Berikutan kejayaan single terakhir ‘ Can’t Forget Me’ , pelakon dan penyanyi jelita ini dalam diam-diam telah menghasilkan single terbaru dan telah pun dilancarkan baru-baru ini.

Single berjudul ‘Be Honest’ merupakan kolaborasi Fazura bersama penyanyi dan penulis lirik New York, Jesse Ruben.

Penulisan lagu single terbaru ini bukan sahaja melibatkan kerjasama Fazura dan Jesse Ruben malah ia juga mendapat sentuhan daripada bekas ahli American Rock Band, The Click Five iaitu Kyle Patrick dan penerbit muzik Will Synder.

Single ‘ Be honest’ secara rasminya telah dikeluarkan pada 29 November dan telah berada disemua platform digital di seluruh dunia.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments