Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABaby Shima buat laporan polis terhadap komen lucah netizen

Baby Shima buat laporan polis terhadap komen lucah netizen

Penyanyi Baby Shima yang kini sedang aktif mencipta nama di negara jiran, Indonesia, mengejutkan peminatnya dengan perkongsian status tentang ‘sexual harrassment’ serta Akta Komunikasi dan Media.

“Anda bukan orang pertama !! Jangan pula bagi alasan bodoh lepas ni.. hp kena hack..Kalau sabun jatuh jangan ya????????@nasrul_nazim.. rupanya  masih ada yang tak sedar diri lagi rupanya!! tunggu tindakan selanjutnya ????terima kasih komen anda????????Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Misalnya Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) antara lain menyatakan (a)  Tiada mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menggangu mana-mana orang lain. (b)  Seseorang yang melanggar peruntukan di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan. @pdrmsia_official”, tulisnya.

Di samping itu, Baby Shima turut memuatnaik beberapa keping gambar ‘screenshot’ komen lucah yang ditinggalkan lelaki itu berserta gambar lelaki berkenaan.

Isu terbabit mendapat perhatian para peminatnya yang bersetuju Baby Shima membuat laporan polis rentetan komen lucah melampau lelaki terbabit.

Namun ada seorang dari peminat Baby Shima yang mempertahankan lelaki itu. Menurutnya, lelaki itu tidak mempunyai telefon bimbit dan hanya meminjamnya dari kenalan jika ingin membuka laman sosial.

Terdahulu, heboh di laman media sosial tentang pergaduhan antara Baby Shima dan pengasas D’Herbs, Dato Seri Alif Syukri hingga timbul desas-desus ingin saman di mahkamah.

Sekarang tengah panas isu saman menyaman ke atas netizen yang komen secara melampau.

Diharap dengan tindakan yang di ambil akan dijadikan iktibar dan teladan kepada si pelaku dan org ramai.

Fikir dahulu sebelum memberi komen.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments