Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAAzwan Ali pilih 14 Februari 2021 akhiri zaman bujang

Azwan Ali pilih 14 Februari 2021 akhiri zaman bujang

Pengacara sensasi Azwan Ali mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya pada 14 Februari 2021 sehari selepas genap usianya mencecah 55 tahun.

Pengumuman mengejut pengacara dan selebriti yang sentiasa menghangatkan suasana hiburan dengan ‘statement’ panas, dikongsi di laman Instagramnya, @divaazwanaavazzztersohor yang mula kembali aktif beberapa bulan yang lalu.

Terdahulu, Azwan dikhabarkan berhijrah seketika di Kota London sambil mengintai peluang perniagaan dalam memasarkan ‘Rendang Mak Tom’ di negara berkenaan serta pasaran Eropah.

Sekembalinya Azwan ke tanahair, selain menguruskan perniagaannya, pengacara dan selebriti ini sedang merencana ‘comeback’ dalam industri hiburan tanah air.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments