Saturday, July 27, 2024
HomePOLITIKAzmin bersyukur, anggap satu tanggungjawab berat

Azmin bersyukur, anggap satu tanggungjawab berat

Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Azmin Ali bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana pembentukan Jemaah Menteri Kerajaan Perikatan Nasional telah selesai.

Beliau dalam satu kenyataan medianya turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberikan kepercayaan menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri yang telah melaksanakan pembaharuan dan inovasi dalam struktur Jemaah Menteri agar lebih efisien, cekap dan berkesan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri”, katanya.

Dato’ Seri Azmin berkata beliau menyedari tanggungjawab yang digalas adalah amat berat memandangkan persekitaran ekonomi dan perdagangan global yang mencabar.

“Saya menyedari tanggungjawab yang saya galas adalah amat berat memandangkan persekitaran ekonomi dan perdagangan global yang mencabar. Apatah lagi, Malaysia akan menganjurkan Persidangan APEC 2020 yang bertemakan Kemakmuran Bersama dan bakal menjadi fokus penetapan hala tuju bagi kerjasama ekonomi dunia yang lebih dinamik dan terbuka.

“Saya dan pegawai-pegawai Kementerian yang berkaitan akan menggembleng tenaga berpandukan aspirasi YAB Perdana Menteri bagi menjayakan persidangan ini. Ini merupakan peluang bagi Malaysia untuk menampilkan agenda Kemakmuran Bersama sebagai penyelesaian pelbagai kemelut ekonomi dan sosial dunia”, katanya.

Tambah beliau kerajaan Perikatan Nasional komited untuk terus melaksanakan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Ia bagi meletakkan negara ke atas landasan pembangunan yang mampan dan inklusif.

“Kerajaan akan memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya”, katanya. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments