Tuesday, July 16, 2024
HomePOLITIKAzmin bersama 10 ahli parlimen bebas sertai BERSATU

Azmin bersama 10 ahli parlimen bebas sertai BERSATU

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 10 yang lain secara rasmi telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu berkata, permohonan oleh Dato’ Seri Azmin dan 10 yang lain untuk menyertai parti itu telah dipersetujui dan diterima dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu.

“Ini adalah pendirian parti,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di Putrajaya semalam.

Pada 24 Februari lalu, Dato’ Seri Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dipecat oleh parti berkuat kuasa serta-merta.

Selain Mohamed Azmin yang turut menyertai Bersatu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Ja’afar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Memetik laporan media seorang lagi Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kuma akan menjadi ahli bersekutu Bersatu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments