Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAAzlan & The Typewriter tuju lagu ‘Barisan Hadapan’ khas buat perwira negara

Azlan & The Typewriter tuju lagu ‘Barisan Hadapan’ khas buat perwira negara

Jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan memerah keringat menjalankan tugas demi memastikan kelancaran rawatan dan pembendungan wabak COVID-19 amat dihargai oleh semua lapisan masyarakat.

Sebagai tanda terima kasih, pelbagai bentuk penghargaan telah diberi dan dizahirkan kepada wira negara ini.

Sumbangan bantuan berbentuk barangan untuk kegunaan dan keselamatan fizikal telah disalur oleh pelbagai pihak.

Selain itu, masyarakat turut memberi sokongan moral dan kata-kata semangat agar petugas barisan hadapan ini terus kuat dan cekal dalam menggalas tanggungjawab mereka.

Menerusi laman media sosial Youtube, penyanyi berkumpulan Azlan & The Typewriter memuatnaik video klip ‘Akustik COVID-19’ yang ditujukan khas buat para perwira petugas barisan hadapan ini.

“Jangan berhenti,
Usah mengalah,
Harus tempuhi,
Dan harus gagah.

Untuk apa bersedih,
Semua dah tertulis,
Kita harus lalui,
Dengan solusi.

Ayuh!
Kita mesti menang,
Di medan ini,
Bangkit semua,
Terus semua,
Terus berusaha,
Demi negara yang tercinta”

Semoga wira kita terus gagah mengharungi dugaan memerangi penyakit berwabak ini.

Buat rakyat Malaysia, bantulah mereka dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain
#dudukRumah
#KitaMestiMenang

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments