Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAAwas! Jangan tertipu produk “overclaimed” sembuh COVID-19

Awas! Jangan tertipu produk “overclaimed” sembuh COVID-19

Dalam situasi negara mengalami krisis COVID-19, masih ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan menjual produk “overclaimed!”

Peniaga yang tidak bertanggungjawab ini menjual pelbagai ubat yang didakwa mampu merawat penyakit dari wabak pandemik ini.

Adalah dinasihatkan supaya orang ramai sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan tipu helah dan taktik penjual produk.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Penguatkuasaan Farmasi juga menasihatkan bahawa sebelum membuat sebarang pembelian pastikan ubat terbabit mempunyai nombor pendaftaran MAL dan iklan mempunyai nombor kelulusan KKLIU.

Bagi individu yang mengiklankan ubat tanpa kelulusan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4B, Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956) dengan kesalahan pertama akan didenda RM3,000 dan/atau satu tahun penjara serta kesalahan seterusnya akan didenda RM5,000 dan/atau dua tahun penjara.

Manakala menjual produk tidak berdaftar pula akan didenda RM25,000 dan/atau tiga tahun penjara bagi individu dan RM50,000 bagi syarikat di bawah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments