Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITAAwas! jangan muat turun aplikasi Pink WhatsApp - SKMM

Awas! jangan muat turun aplikasi Pink WhatsApp – SKMM

PETALING JAYA, 27 Jun – Orang ramai diingatkan tidak memuat turun aplikasi hasad Pink WhatsApp yang boleh mengakses semua maklumat dalam telefon pintar mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan aplikasi berkenaan kononnya menawarkan ciri keselamatan dan privasi lebih baik, antaramuka boleh diubah suai serta keupayaan menghantar fail lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang biasa digunakan.

Bagaimanapun, selepas pemasangan, aplikasi hasad berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.

Para pengguna akan menerima mesej dan pautan seolah-olah daripada pihak WhatsApp yang mengajak pengguna untuk mencuba aplikasi baharu tersebut.

MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi “Pink WhatsApp” tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka.

MCMC mengesyorkan pengguna untuk hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada gedung aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Pengguna juga diminta untuk tidak menyebarluaskan sebarang pautan yang mencurigakan.

MCMC ingin menekankan kepentingan untuk berhati-hati ketika menggunakan aplikasi mudah alih, mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi maklumat peribadi, serta mengelak daripada memuat turun aplikasi hasad. Para pengguna adalah disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan “Pink WhatsApp” melalui portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800-188-030

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments