Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAAwas, elak guna telefon bimbit ketika memandu!

Awas, elak guna telefon bimbit ketika memandu!

Penggunaan telefon bimbit merupakan antara kesalahan utama dan punca yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan jalan raya.

Beri tumpuan pada pemanduan anda dan jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Menggunakan telefon bimbit ketika memandu anda boleh dikenakan kompaun maksimum RM300 di bawah Akta Lalu Lintas 1959, 17A (2).

Mengapa penggunaan telefon bimbit semasa memandu boleh mengundang kemalangan?

1) Tumpuan terganggu setiap 5 – 10 saat

2) Kelajuan tindak balas untuk menekan brek berkurangan sebanyak 18%

3) Mengalami gangguan tindak balas seperti tersasar dari lorong, terlepas simpang, melanggar kenderaan atau pengguna jalan raya yang lain dan melanggar lampu merah

Maka jadilah pemandu yang bijak, abaikan semua pesanan dan panggilan yang tidak penting sehingga tiba ke destinasi yang dituju.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments