Friday, July 26, 2024
HomeBERITAATM jawab tuduhan Harith Iskander dengan puluhan bukti bergambar anggotanya bantu mangsa...

ATM jawab tuduhan Harith Iskander dengan puluhan bukti bergambar anggotanya bantu mangsa banjir

Susulan persoalan yang dilontarkan pelakon dan pelawak Harith Iskander di media sosialnya mendakwa sepanjang empat hari beliau di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat tidak melihat angkatan tentera.

Sebentar tadi, persoalan berikut diperjelaskan oleh Angkatan Tentera Malaysia dengan bukti bergambar di mana berpuluh keping gambar membabitkan anggota ATM yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir sejak 19 Disember lalu dilampirkan di ruangan komen Facebook Harith.

Pastinya, dengan paparan gambar-gambar berkenaan menjawab persoalan Harith dengan jelas.

Semalam, Harith dalam satu hantaran di media sosialnya mendakwa sepanjang empat hari beliau di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat tidak melihat angkatan tentera.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah tentera akan hanya turun padang apabila bencana yang sedang melanda negara diisytihar sebagai darurat.

Harith seterusnya menulis, kenderaan amfibia tentera adalah sangat berguna dalam menyelamatkan nyawa di Taman Sri Muda.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments