Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITAAssalamualaikum Bangsa Melayu, Selamat datang ke Tanah Melayu

Assalamualaikum Bangsa Melayu, Selamat datang ke Tanah Melayu

Kontrak sosial “boleh digantung” jika ada pihak yang melanggarnya.

Jika ingin terus aman, bangsa lain di Malaysia wajar berterima kasih kepada Bangsa Melayu di atas kebaikan dan toleransi Bangsa Melayu selama ini.

Demikian kata Ketua Eksekutif Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling ketika dihubungi The Malaya Post.

Beliau yang ketua eksekutif sekretariat Kongres Maruah Melayu yang bertemakan “Tanah Aku” berkata kontrak sosial itu dicapai ketika memberikan kerakyatan kepada orang bukan Melayu dahulu.

Ia adalah budi baik orang Melayu dan asas kepada negara ini.

“Meskipun kita beri kerakyatan, namun mereka sering langgar budi baik dan anugerah kita. Maka kerana ada ura-ura untuk rendahkan kontrak ini. Kita ingatkan dalam Al-Quran ada ayat yang membenarkan kita untuk menggantung perjanjian.

“Maka barangkali orang Melayu terpaksa kembali kepada firman Allah ini seperti yang termaktub dalam surah At-Taubah,” katanya ketika berucap di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Terdahulu semasa ucaptama di Kongres Maruah Melayu, beliau mendakwa antara perkara yang kini dicabar ialah kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan kedudukan raja-raja Melayu.

Masyarakat Melayu di negara ini mungkin terpaksa kembali kepada firman Allah dalam Surah At Taubah jika orang bukan Melayu terus menerus mencabuli perjanjian yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata masyarakat Melayu mungkin perlu kembali kepada pengajaran ayat tiga dan empat dalam surah berkenaan, yang menyentuh mengenai perjanjian Rasulullah SAW dengan orang musyrik, berikutan ketika ini masyarakat bukan Islam ketika ini dilihat menyeleweng daripada budi baik yang ditunjukkan masyarakat Melayu kepada mereka.

Surah At-Taubah merujuk kepada pembatalan perjanjian jika ia dilanggar dan berkenaan Perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai Nabi Muhammad dengan penduduk Madinah.

Kontrak sosial merupakan persetujuan antara wakil dalam Parti Perikatan menjelang kemerdekaan tetapi ia bukanlah satu dokumen fizikal.

Prof Emeritus Datuk Dr. Zainal berkata, orang Melayu telah mewarisi negara ini sejak 5,000 tahun yang lalu dan selama itu juga telah mempertahankannya.

“Kita telah bermastautin di sini sekian lama, membina kedaulatan dan bina tanah Melayu.

“Kita terima kemasukan orang lain sebagai warga sama taraf kecuali kita tuntut beberapa bahagian yang istimewa (khas) untuk kita,” katanya lagi.

Antara pemimpin yang hadir ialah Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir ialah pemimpin Bersatu Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, selain Timbalan Presiden PKR Dato’ Seri Azmin Ali dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Resolusi berkenaan agama, politik, ekonomi, pendidikan dan budaya Melayu turut dibentang dan disampaikan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang turut berucap merasmikan kongres itu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments