Ashraf Ghani mohon maaf kepada seluruh rakyat Afghanistan

0

Bekas Presiden Afghanistan digulingkan, Ashraf Ghani menyuarakan permohonan maaf secara terbuka di Twitternya, kira-kira tiga minggu selepas beliau meninggalkan Kabul.

Katanya, dia tiada niat untuk tinggalkan rakyat Afghanistan namun mahu mengelak insiden pertumpahan darah menjadi lebih buruk.

“Tinggalkan Kabul adalah keputusan paling sukar dalam hidup saya. Tetapi, saya percaya ia adalah satu-satunya cara untuk mengeruhkan keadaan dan menyelamatkan Afghanistan bersama enam juta penduduknya,” ujarnya di Twitter.

Beliau juga mengakui kelemahannya kerana gagal untuk membawa keamanan dan kemakmuran di negara itu.

Ashraf yang kini berada di Abu Dhabi turut mengambil peluang untuk menafikan dakwaan kononnya dia turut melarikan diri bersama-sama jutaan dolar.

Malah beliau sedia untuk disiasat bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Tuduhan tersebut dilemparkan bekas Duta Afghanistan ke Tajikistan, Zahir Aghbar yang mendakwa Ashraf membawa wang berjumlah kira-kira AS$169 juta (RM701 juta).

Dalam perkembangan sama, pemimpin kumpulan anti-Taliban, Barisan Penentangan Nasional (NRF), Ahmad Shah Massoud dan bekas Naib Presiden Afghanistan, Amrullah Saleh didakwa masih berada di negara itu.

Perkara itu disahkan Zahir yang dilantik di bawah pentadbiran bekas Presiden digulingkan, Ashraf Ghani pada Rabu.

Jelas Zahir, beliau sering berhubungan dengan Amrullah, manakala pemimpin kumpulan penentang tersebut enggan berkomunikasi secara umum atas faktor keselamatan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply