Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAAset jutawan kosmetik popular dibekukan?

Aset jutawan kosmetik popular dibekukan?

Aset-aset usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri dibekukan?

Panas panas!

Tular di laman media sosial surat permohonan pembatalan pembekuan oleh peguambela Dato’Seri Aliff Syukri yang dialamatkan kepada Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Dalam surat permohonan terbabit, terpapar jelas nama jutawan kosmetik yang popular dengan tagline ‘terlajak laris’, dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Melalui perkongsian Instagram viral_kini_ , terdapat dua salinan surat yang ditujukan terhadap Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki memohon pelepasan aset-aset yang dibekukan dalam Peruntukan Seksyen 44(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613).

Biar betul????????????
Sehingga kini masih tiada reaksi diterima dari pihak Dato’ Seri Aliff Syukri mahupun peguambela yang mewakili beliau.

Semoga baik-baik sahaja ya Dato’ Seri. Yalah… Dato’ Seri pun sedang berduka kerana dah lama tak dapat bercuti ke luar negara kan…

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments