Friday, July 19, 2024
HomeBERITAArtis popular menanti detik kemerdekaan negara

Artis popular menanti detik kemerdekaan negara

Detik jam 12 malam semakin hampir. Maka genaplah negara Malaysia mencapai kemerdekaan yang ke-62 tahun.

Semua lapisan masyarakat menantikan detik bersejarah ini untuk disambut dan dinikmati dengan penuh kesyukuran.

Tidak ketinggalan para penggiat seni tanah air turut serta menantikan detik awal 31  Ogos untuk sama-sama meraikan seterusnya menzahirkan rasa syukur di atas keamanan dan kesejahteraan negara yang dipelihara sehingga ke hari ini.

Bukan sahaja kemeriahan dan suasana sambutan dapat diraikan, tetapi ramai artis dan selebriti turut mengucapkan salam kemerdekaan kepada semua pengikut dan peminat mereka di lapangan media sosial masing-masing.

Antara artis dan selebriti yang turut sama-sama menzahirkan rasa cinta dan sayang kepada tanahair ialah Dato Seri Siti Nurhaliza yang semenjak awal hari ini telah memuat naik gambar beliau dan bendera Jalur Gemilang.

Aktor terkenal, Shaheizy Sam berkongsi video ‘Cerita Sebuah Kota’ yang sarat dengan mesej perjuangan dan pengorbanan parajurit terdahulu.

Artis dan selebriti lain seperti Janna Nick, Nad Zainal, Puteri Sarah Liyana, Nora Ariffin, Khai Bahar, peserta Big Stage yang berasal dari Korea, Han Byul turut mengambil kesempatan mengucapkan Salam Merdeka kepada para peminat dan rakyat Malaysia.

Dikesempatan ini juga kami di The Malaya Post ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke 62.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments