Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITAArtis lain layan Y15, dia layan basikal lajak dengan budak taman netizen...

Artis lain layan Y15, dia layan basikal lajak dengan budak taman netizen puji Naim Daniel

Pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik, Naim Daniel menyertai kumpulan basikal lajak kanak-kanak di persekitaran rumahnya.

Perkongsian video lumba bersama kumpulan basikal lajak berkenaan dan menulis status, “Aku lumba dengan budak basikal lajak taman aku gais! Menang pula tu????. Petang tadi sampai rumah parking kereta nampak ada budak budak main basikal. Tiba tiba buang tebiat nak join. Bawak bmx jumpa diorang setting ajak lumba terus on. Memang talented betul budak budak ni dalam sukan berbasikal. Boleh pergi jauh”.

Sambil sempat berpesan kepada kanak-kanak terbabit agar memakai topeng muka seperti yang disarankan pihak berwajib kerana IPU jerebu kian meningkat, Naim juga mengambil foto kenangan bersama kanak-kanak berkenaan.

Perkongsian videonya mendapat pujian warganet apabila penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah ini begitu ramah melayan kanak-kanak berkenaan dan tidak berlagak sombong walaupun sudah terkenal.

Di ruangan komen, para peminatnya berkongsi pengalaman bermain basikal lajak sewaktu kecil dan turut memuji sikap Naim yang peramah dan tidak memilih kawan tidak mengira usia.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments