Malang tidak berbau.
Tiada siapa menyangka dan tahu kemalangan boleh berlaku.
Namun, jika berlaku kemalangan yang menyebabkan anggota badan terputus (telinga, jari, etc), apakah yang harus kita lakukan?
Jom baca perkongsian kami melalui info kesihatan dari laman media sosial Public Health Malaysia.
✅ Untuk jari yang terputus, basuh anggota badan terbabit dengan air bersih. Balut dengan kain atau kapas untuk menghentikan pendarahan.
✅ Bungkus dalam beg plastik yang kering.
✅ Masukkan beg plastik ke dalam beg berisi ais.
✅ Tinggikan jari dari aras jantung dan bawa segera ke hospital.
Untuk bahagian anggota yang terputus, jangan tersilap langkah melakukan perkara-perkara seperti berikut :
❌ Jangan letak dalam air
❌ Jangan letak terus dalan ais batu
❌ Jangan sapu sebarang krim, gamat, ubat gigi
✅ Yang paling utama, perlu ke hospital secepat mungkin!
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply