Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAnzalna kini bertudung, kejutan hari jadi suami

Anzalna kini bertudung, kejutan hari jadi suami

Tahun 2021, menyaksikan ramai artis wanita mula mengenakan hijab sepenuhnya.

Ia termasuk Izara Aisyah, Nana Mahazan, Mas Idayu, Hannah Delisha, Siti Elizad, Betty Rahmad, Amyra Rosli, Dahlia Shazwan, Ernie Zakri, Kilafairy dan Mawar Rashid.

Terkini pelakon dan peragawati Anzalna Nasir turut melakukan penghijrahan sama.

Menerusi hantaran di Instagram, ibu kepada seorang cahayamata lelaki berusia 33 tahun ini berkongsi penampilan baru sempena penghijrahannya itu.

Pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir ini membuat kejutan dan memberi ‘hadiah’ ini pada hari ulang tahun suaminya beberapa hari lalu dan berkongsi klip video momen istimewa tersebut buat tatapan peminat.

Untuk rekod, Anzalna mula dikenali ketika menyertai dan menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 2009/2010, yang turut disertai oleh Neelofa, Izara Aishah, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin dan Azar Azmi.

Selepas tamat Dewi Remaja, dia yang berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang kemudiannya melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2011.

Antara karya seni yang dilakonkannya ialah Sepah The Movie Kahwin 5, Bangkitnya Seorang Perempuan, Tantang Hati, Ajaibnya Cinta dan Destinasi Cinta Sara.

Bertemu jodoh dengan Hanif Zaki pada tahun 2006, kakak kepada pelakon Afifah Nasir ini kini hidup berbahagia dengan kehadiran Eidrees, 2 tahun.

“Semoga terus Istiqamah,” doanya pada kapsyen.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments