Anda penggemar steamboat? Boss Daddy Stemboat & Grill menawarkan pelbagai pilihan seafood segar, halal dan harga buffet berpatutan

0

Sangat meminati bidang masakan, terutama “cook by nature” ditambah pula mendapat penghargaan dari orang luar pastinya menjadi pemangkin semangat buat Puan Norina Omar untuk bergelar seorang usahawanita.

Setelah mendapat peluang dan ruang, Puan Norina bersama-sama anaknya mengusahakan restoran yang diberi nama “Boss Daddy Steamboat & Grill” yang berlokasi di Kota Damansara.

Menurut Puan Norina, selain minat yang mendalam untuk bergelar usahawan, perniagaan ini juga merupakan sebahagian dari fardu kifayah kerana di kawasan Kota Damansara setakat ini masih belum ada “Muslim Steamboat”.

Dalam usaha mengekalkan mutu makanan yang terbaik, Puan Norina akan memastikan pelanggan disajikan dengan makanan laut yang segar.

Para pelanggan juga tidak perlu risau jika ingin membawa kanak-kanak atau individu yang tidak makan pedas kerana terdapat dua pilihan sup steamboat iaitu tomyam dan “clear soup”.

Paling penting, masakan juga tidak menggunakan serbuk perasa atau MSG.

“Tomyam kami tanpa MSG dan kami pastikan seafood segar buat pelanggan,” ujar Puan Norina.

Boss Daddy Steamboat & Grill mempunyai enam jenis sos yang disediakan yang boleh dipilih mengikut citarasa pelanggan, antaranya “Black Pepper sauce”, “Barbeque sauce”, “Green Chilli sauce”, “Thai sauce”, “Cili Padi sauc”e dan “Sukiyaki sauce”.

Istimewanya, Puan Norina juga mengolah beberapa resepi dan masakan “home made”.

Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan, berbaloi dengan hidangan yang lazat, bermutu serta suasana restoran juga bersih dan selesa.

Senarai harga adalah seperti berikut :
Dewasa : RM34.90
Kanak kanak 7 hingga 12 tahun : RM12.90
Kanak kanak 6 tahun kebawah : PERCUMA

Boss Daddy Steamboat & Grill beroperasi setiap hari (kecuali Isnin), bermula jam 5.30 petang sehingga 11.30 malam.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh menghubungi di talian, +016-569 0346 (Boss Daddy). –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply