Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAAnda penggemar kopi? Ketahui manfaat kopi untuk kecantikan

Anda penggemar kopi? Ketahui manfaat kopi untuk kecantikan

Kopi adalah minuman yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia berasal dari biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13.

Seiring peredaran zaman dan demi memenuhi kehendak peminat kafein, perisa kopi kini telah dipelbagaikan. Maka lahirlah perisa latte, Americano, cappuccino dan espresso.

Kajian menunjukkan lebih 400 juta cawan kopi telah dinikmati setiap tahun sekaligus menjadikan kopi minuman paling digemari di dunia.

Khasiat dan kebaikan kandungan kopi memang tidak dapat dipertikaikan.

Pengambilan secara SEDERHANA (1-3 cawan sehari) akan memberi kebaikan dan mampu mengurangkan risiko penyakit.

Malah terbukti ianya mampu menyumbang untuk kecantikan.

Bagi segmen kecantikan, kali ini kami kongsi manfaat kopi yang kopi kepada kecantikanmu!

1. Pembakar lemak

Perasankah anda, kebanyakan produk supplement untuk mengurangkan berat badan kini mengandungi kopi? Mengapa?

Kandungan kafein dalam kopi terbukti dapat membantu pembakaran lemak pada badan, 10% kepada mereka yang obesiti, manakala 29% kepada mereka yang kurus.

Kajian lain mendapati kafein boleh meningkatkan kadar metabolisma 3% sehingga 11%. Kopi turut membantu menyingkir lebihan air dalam badan. Jadi, sesiapa yang sedang mengejar berat badan ideal, bolehlah amalkan meminum
kopi ya!

2. Scrub badan dan muka

Murah dan senang didapati.jadi tiada alasan lagi jika mengingini kulit yang bersih dari daki dan kekotoran.

Caranya sangat mudah, gosok serbuk kafein ke tubuh sebagai lulur. Ianya mampu membersihkan kulit dan membuang sel kulit mati serta mengurangkan jerawat. Kulit akan jadi lebih bersih, lembut dan sihat. Mudah dan murah kan!

3. Pembasmi selulit

2 dalam 1! Dengan cara scrub ke seluruh badan, bukan setakat membersihkan kulit, malahan dapat memecahkan selulit! ????Biar betul!

4. Masker muka

Hanya campurkan dengan serbuk koko, susu penuh krim, putih telur atau minyak zaitun.
Keberkesanan bahan-bahan ini tidak perlu diragui. Lihatlah hasilnya nanti.

5. Cantikkan mata.

Lingkaran gelap pada mata memang menjengkelkan. Keadaan mata yang bengkak dan kemerahan mencacatkan penampilan. Apa kata letakkan kantung kopi yang sudah digunakan pada bahagian mata, biarkan seketika agak ianya bertindak balas.

6. Rawat kulit sensitif

Dipercayai kopi mampu mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit, dek kerana kandungan anti oksidan yang tinggi. Masakkan kopi di dalam teko, selepas 20 minit sapulah pada kulit. Biarkan 5-10 minit sebelum dibersihkan. Boleh juga celupkan bebola kapas ke dalam kopi yang telah masak tadi, dan tekaplah di atas kelopak mata. Peredaran darah yang bagus akan menyihatkan kulit.

Penggunaan kopi sebagai agen kecantikan telah diamalkan oleh wanita di America Selatan, Hawaii, Indonesia dan Russia sejak dahulu lagi.
Apa kata kita cuba?

Semoga bermanfaat kepada semua.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments