Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAnak pokok seludup bernilai lebih RM4.57 juta dirampas - PGA

Anak pokok seludup bernilai lebih RM4.57 juta dirampas – PGA

Di Rantau Panjang, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) telah merampas 15,000 anak pokok pelbagai jenis bernilai lebih RM4.57 juta dalam serbuan di Kampung Limau Purut, kelmarin.

Menurut Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, dalam satu kenyataannya berkata, anggota bertugas mengesan lori dalam keadaan mencurigakan yang dipandu lelaki, 53.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua anak pokok berkenaan diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah selain disyaki untuk pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan serta lori dan kesemua anak pokok dirampas bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments