Pelakon lagenda terkenal Bollywood 70-an, Amitabh Bachchan dan anaknya, aktor Abishek Bachchan disahkan positif COVID-19.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook, dilaporkan mereka kini ditempatkan di Hospital Mumbai’s Nanavati untuk rawatan dan pemantauan lanjut.
Aktor tinggi lampai ini turut mengemaskini informasi kepada pengikut laman media sosial bahawa ahli keluarga yang lain dan kakitangannya turut menjalani pemeriksaan kesihatan.
Kini mereka sedang menunggu keputusan perubatan dari pihak hospital.
Di ruangan komen, aktor kesayangan ramai ini menerima beribu-ribu ucapan peminat yang mendoakan kesihatannya agar kembali sembuh seperti sediakala.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
FB 2790 – This evening I have tested CoviD positive .. shifted to Hospital .. hospital informing authorities …..
Posted by Amitabh Bachchan on Saturday, 11 July 2020
Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan test positive for coronavirus, admitted to Mumbai's Nanavati Hospital
Posted by Zee News English on Saturday, 11 July 2020

Leave a Reply