Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi enam negeri, termasuk Sarawak, yang dijangka bermula pada Jumaat hingga Ahad ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, negeri-negeri yang diramal terjejas oleh cuaca buruk tersebut adalah Terengganu meliputi kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun, dan Kemaman.
Selain itu Pahang kawasan terlibat termasuk Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan, dan Rompin.
Ia termasuk Negeri Sembilan – melibatkan Kuala Pilah, Jempol, dan Tampin.
Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan agar berwaspada terhadap risiko banjir dan kejadian tidak diingini serta sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca melalui saluran rasmi MetMalaysia.–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply