Timbalan Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pelantikannya sebagai amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur.
Ia demi kestabilan politik, ekonomi serta kemakmuran negara.
Menerusi kenyataannya yang pertama selepas dilantik, Ismail Sabri berkata, ia bukanlah satu keistimewaan.

“Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas perlantikan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan ini,” katanya pada Rabu.
Ahli Parlimen Bera itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan parti-parti politik di Malaysia.
“Doa saya, semoga kita semua tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang,” katanya.
“Ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara.
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply