“Allah akbar… apa nak jadi ni!” , Raja Permaisuri Agong terkejut dengan penganjuran ekspo tatu

0

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyatakan perasaan terkejut baginda dengan laporan peragaan separuh bogel sempena Tattoo Malaysia Expo 2019 yang menjadi viral dan kecaman ramai.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter, baginda memuat naik kenyataan mempersoalkan tindakan penganjuran acara berkenaan dengan menulis, “Allah akbar… apa nak jadi ni!” titah baginda dalam entri yang dimuat naik pada hari ini.

Entri Tunku Azizah mendapat perhatian pengikut baginda dengan meninggalkan komen bersetuju dengan pernyataan baginda , lebih 9,000 pengikut mengulang kicau dan 13,500 pula menurunkan tanda suka.

Baru-baru ini telah berlangsung Tattoo Malaysia Expo 2019 yang mencetuskan kemarahan ramai kerana mempamerkan peragaan bogel model bertatu.

Selepas dikecam ramai,  Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohammaddin Ketapi memberi respon dengan memberitahu akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur ekspo terbabit.

Leave a Reply