Oleh : Razali Awang
Ulama tersohor, Sheikh Yusuf al Qaradawi disahkan positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan melalui Twitter rasminya.
Dalam ciapan yang dimuatnaik, kesihatan tokoh berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan yang baik dan meminta pengikutnya sama-sama berdoa supaya beliau kembali pulih.

Pengasas Kesatuan Ulama Sedunia yang berusia 94 tahun dan berasal dari Mesir itu antara ulama semasa yang tersohor yang kini berada di Doha, Qatar selepas menjadi buruan Presiden Abdul Fattah as Sisi.
Pada November 2019, Syria Care berpeluang mengunjunginya dan beliau meluangkan masa untuk memberi kata-kata semangat terhadap kerja-kerja kemanusiaan yang diusahakan bagi membantu mangsa konflik di Syria.
“Aku doakan taufik dalam kerja-kerja kamu dan kejayaan dalam misi yang dilaksanakan.
“Pada diri kamu, negara kamu dan negara sekeliling kamu.
“Dan bawalah risalah Islamiyah untuk semua orang seperti mana yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W”, antara mutiara kata yang dilafazkan kepada anggota misi misi kemanusiaan Bantuan Musim Sejuk 7.0 yang diketuai Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki.

Laporan Razali Awang, Media Syria Care untuk The Malaya Post.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply