Aktiviti penggambaran filem di luar studio dibenarkan di negeri Fasa 2 PPN

0

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi negeri yang berada di Fasa 2 PPN, aktiviti penggambaran filem di luar studio dibenarkan dengan pematuhan SOP ketat.

Waktu operasi premis perniagaan pula dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 10 malam termasuk ‘specialty stores’ iaitu stesen minyak.

Tambah beliau perubahan ke atas prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri dalam Fasa 1 dan Fasa 2 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan perkembangan positif kadar vaksinasi negara.

Datuk Seri Ismail Sabri, berkata bagi negeri di bawah Fasa 1 PPN, kerajaan membenarkan kehadiran di pejabat bagi sektor awam ditingkatkan kepada 40 peratus.

Kebenaran itu adalah tertakluk kepada arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

“Untuk perkhidmatan perakaunan juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, operasi pasar harian dan pasar awam dilanjutkan dari jam 6 pagi hingga 4 petang tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.

* Waktu operasi bagi Pasar Segar Terkawal (PST) pula akan dilanjutkan dari jam 7 pagi hingga 2 petang.

* Aktiviti berbasikal dan permainan individu yang boleh mengamalkan penjarakan fizikal 2 hingga 3 meter dibenarkan di kawasan kejiranan sahaja.

* Pelabuhan, lapangan terbang, dan sektor logistik dibenarkan untuk beroperasi 24 Jam.

Dalam pada itu, pengoperasian lombong dan kuari adalah dibenarkan dengan kapasiti pekerja hingga 60 peratus tertakluk kepada SOP perlombongan dan pengkuarian.

“Ini bagi memenuhi keperluan projek-projek kritikal yang membabitkan pembaikan dan pembinaan jalan raya, jalan-jalan luar bandar serta persekutuan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Ismail Sabri mengumumkan, sebanyak 27 lokaliti di Terengganu, Sabah dan Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu ini hingga 3 Ogos depan.

PKPD di Terengganu membabitkan 12 lokaliti, masing-masing dua di Mukim Bandi, Kemaman dan 10 kampung di Mukim Kuala Dungun, Dungun.

“PKPD di Mukim Bandi membabitkan Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2 manakala 10 lokaliti di Mukim Kuala Dungun ialah Kampung Sungai Buaya, Kampung Tanah Lot, Kampung Lembah, Kampung Padang Jambu dan Kampung Nibong.

“Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Bukit Chatak Tengah, Kampung Molek, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Udang dan Kampung Sungai Penaga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, PKPD di Sabah pula membabitkan 10 lokaliti termasuk Kampung Marau dan Kampung Kebawang di Sipitang; Kampung Pituru Kinarut, Papar; Kampung Meruntum, Putatan dan dua lokaliti di Penampang iaitu Beverly Hills Fasa 2 dan Cybercity Fasa 2.

“PKPD turut dilaksanakan di empat lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Jalan Kampung Likas Simpang 3, Api-Api Centre Kota Kinabalu, Taman Ujana Kingfisher, Likas dan Kampung Salut, Telipok.

“PKPD di Pahang pula membabitkan tiga kampung di Mukim Ulu Dong, Raub iaitu Kampung Bedu, Kampung Temalian dan Kampung Pamah Kulat serta dua kampung di Mukim Ulu Jelai, Lipis iaitu Kampung Kabang dan Kampung Sat,” katanya.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) diĀ www.mkn.gov.my.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply