Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAAktiviti ekstrim buat peminat sukan lasak di Gopeng

Aktiviti ekstrim buat peminat sukan lasak di Gopeng

Meneruskan ekspedisi menjelajah di Perak Darul Ridzuan, kami ke Kampung Jahang yang majoritinya dihuni oleh masyarakat orang asli.

Kampung tradisional Melayu yang terletak di pinggir bandar Gopeng, Perak ini adalah salah satu daripada banyak perkampungan Melayu yang terletak di sebelah timur Gopeng iaitu berhampiran dengan lereng bukit.

Istimewanya, Kampung Jahang amat terkenal dengan aktiviti komersial, iaitu sukan lasak dan telah menerima ramai kehadiran pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Disini, orang ramai boleh melakukan banyak aktiviti lasak, antaranya, white water rafting, river tubing, flying fox, water abseling, paintball, sunset hiking, jungle night walk, treasure, telematch dan para pelancong juga boleh menerokai Gua Batu Kapur yang cukup terkenal di Gopeng iaitu Gua Tempurung.

Berita baik untuk camping lover!
Pasti
 anda sudah biasa dengan acara perkhemahan di dalam hutan. Tetapi, disini and boleh mencuba berkhemah di dalam caravan pula.

Terdapat dua saiz caravan yang disediakan.
Caravan bersaiz kecil mampu memuatkan dua hingga tiga orang penghuni, manakala caravan yang bersaiz besar pula, boleh memuatkan empat hingga lima orang penghuni.

Kurang minat bermalam dalam caravan???Usah risau, chalet pun ada disini. Nak masak dan ber’berbarbekue’ pada malam hari?

Ehhhh, boleh aje…Dapur untuk memasak dan kelengkapan barbeque turut disediakan.

Jika anda ke Kampung Jahang, anda tidak perlu bimbang tentang penginapan, kerana disini banyak pengusaha yang mengusahakan tempat penginapan bagi pelancong yang dilengkapi dengan pakej aktiviti lasak yang menarik bersama fasilitator yang berpengalaman.

Bercakap soal keselamatan diri ketika melakukan aktiviti lasak disini, paling penting anda perlu mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Anda juga akan dipantau rapi oleh fasilitator yang berpengalaman.

Mahu mencuba aktiviti sukan air yang ekstrem???

Moh, kami bawa anda menikmati pengalaman berakit di Jeram Sungai Kampar yang terletak dalam mukim Gopeng.

Sungai Kampar merupakan salah satu tumpuan utama para pelancong ke negeri Perak.

Dengan menawarkan ‘outdoor activity’ yang mencabar, sukan air ini mengalu-alukan mereka yang sukakan aktiviti lasak.

Anda boleh melakukan aktiviti mendayung atau berakit melalui jeram sambil melihat keindahan hutan hujan yang menghijau dan menenangkan.

Bagi mereka yang sudah mencuba sukan air di Sungai Kampar ini pasti berasa puas dengan melihat keindahan semulajadi aliran sungai yang jernih, sejuk dan deras ditambah dengan jeram yang banyak.

Pasti menguji tahap kecekapan anda mengendalikan rakit dan cabarannya adalah mendayung sehingga ke penghujung sungai!

Jika anda ingin melalui pengalaman sendiri dengan melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem bersama rakan-rakan mahupun family, bolehlah datang ke Gopeng.

Tapi jangan risau, aktiviti-aktiviti disini tidak merbahaya, dan keselamatan para pengunjung tetap diutamakan.

Malah taklimat akan diadakan sebelum aktiviti dibuat. Anda akan diajar teknik-teknik penting, jenis arahan dan maklumat keselamatan yang perlu dipatuhi semasa aktiviti berjalan.

Jangan pula anda melangkaui prosedur yang telah ditetapkan pula ya.

Kalau dah dengar tentang info, sambil pula melihat pula visual menarik yang kami sediakan ini, saya yakin lokasi ini pasti menarik minat pencinta sukan lasak.

Haaa, apa lagi…Moh ler, cabar diri anda dengan sukan ekstrem di Kampung Jahang, Gopeng!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments