Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAAksi selamba Elly Mazlein terima pujian ramai

Aksi selamba Elly Mazlein terima pujian ramai

Siapa yang tidak kenal dengan figura serba boleh Elly Mazlein atau lebih popular dengan nama timangannya Kak Lina Pom Pom.

Perangai gila-gila dan selambanya memang menghiburkan tidak kira sama ada dalam lakonan mahupun pengacaraan.

Terbaru, ketika mengacarakan rancangan hiburan Meletop dirangkaian televisyen Astro, Elly cuba berinteraksi dengan penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi dan berduet menyampaikan sebuah lagu.

Apa yang lucunya, sedang seronok menyanyi sambil Elly beriya-iya beraksi mengikut melodi, tiba-tiba tali kasutnya terputus!

Terkial-kial jugalah Elly menahan diri agar tidak terjatuh.

Melihat telatah Elly Mazlein, penyanyi dan pelakon ini tetap ‘mantain’ bertindak professional dan tidak mengendahkan Nabil Ahmad serta penonton yang tertawa melihat insiden terbabit.

Malah, dia dengan selamba berjalan kaki ayam dan meneruskan tugasnya.

Memang ‘kering’ je muka Kak Lina kita ni 😂

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments