Kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bakal terjawab esok.
Lapor portal PN BBC, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata akan ada pengumuman berhubung perkara itu esok, sementara itu beliau meminta semua pihak bersabar.
“Akan ada pengumuman tapi mohon sabar tunggu esok,” katanya ringkas kepada media selepas selesai mesyuarat khas bersama Ahli Parlimen PN, hari ini.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas di kalangan ahli-ahli Parlimen PN di Publika, Kuala Lumpur.
Mesyuarat itu dihadiri semua ahli Parlimen PN termasuk pemimpin tertingginya dilaporkan akan membincangkan langkah dan rancangan seterusnya membabitkan pentadbiran kerajaan dan soal menghadap di Istana Negara esok.

Leave a Reply