Friday, July 26, 2024
HomeBERITAAir Terjun Lata Tengkoh Penyel, destinasi mandi manda yang ‘best’ patut anda...

Air Terjun Lata Tengkoh Penyel, destinasi mandi manda yang ‘best’ patut anda kunjungi

Pasti ramai yang sudah tahu keindahan tempat perkelahan dan mandi manda terkenal di Kuala Kangsar, Air Terjun Lata Tengkoh Penyel atau Air Terjun Tengkoh Penyel.

Setelah melihat foto-foto yang menakjubkan, kami membuat keputusan untuk merakam suasana indah Air Terjun Lata Tengkoh Penyel terletak jauh di dalam perkampungan Orang Asli di Kampung Pendeq, Pos Yum, Daerah Sungai Siput iaitu kira-kira dua jam perjalanan ke Utara dari Ipoh.

Lata Tengkoh Penyel adalah salah satu destinasi air terjun tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian lebih 60 meter dari permukaan tanah.

Air terjun tersembunyi jauh di pedalaman menjadikannya sangat misteri dan unik yang kami percaya destinasi libur ini masih mengekalkan keadaan semula jadi yang belum diubah atau ditransformasi.

Siapkan kasut mendaki anda, kerana untuk menuju Air Terjun Lata Tengkoh Penyel memerlukan stamina dan tenaga.

Selain itu, makanan, minuman, tuala, dan pakaian tambahan sangat digalakkan untuk dibawa bersama.

Jalan ke Kampung Pendeq Pos Yum, sebuah perkampungan Orang Asli terletak 30 minit dari Bukit Berekeh.

Air Terjun Lata Tengkoh Penyel semestinya  dikunjungi kerana pemandangannya yang indah tidak seperti di tempat perkelahan yang lain.

Seperti yang anda bayangkan, air terjun berbatu ini terletak di Sungai Siput nyata menakjubkan dan kepada semua penjelajah alam, selitkan ‘venue’ lokasi Air Terjun Lata Tengkoh Penyel sebagai senarai penjelajahan anda!

Menurut ADUN Lintang, Dato’ Mohd Zolkafly Harun, beliau menyifatkan orang asal yang tinggal di penempatan istimewa ini adalah ‘masyarakat eksklusif’ yang berpegang teguh dengan budaya, adat dan kepercayaan mereka.

Keunikan ini juga antara elemen yang mampu mempelbagaikan tarikan pelancongan ke negeri Perak malah menyumbang kepada sektor pelancongan negara.

Mungkin masih ada yang beranggapan mereka ini golongan terpinggir kerana jauh ketinggalan daripada kemajuan masyarakat luar yang lebih moden dan serba canggih.

Pernyataan terbabit disangkal oleh ADUN Lintang dan menegaskan kerajaan tidak pernah menganaktirikan orang asal disini dan setiap tahun kerajaan negeri menyediakan bajet khas khusus untuk Projek Pembangunan Bersepadu masyarakat orang asli.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Previous article
Next article
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments